Gembira Bercampur Sedih

Salam hormat,

Diharapkan anda segar selepas berhari
raya atau bercuti bersama keluarga.

Sekadar untuk berkongsi bersama,
raya saya tahun ini gembira bercampur sedih.

Ini kerana pada 18 Ramadhan 1429 lepas ,
Tok wan saya telah pergi buat selamanya.
Tok Wan saya merupakan seorang yang disenangi,
peramah, suka membantu,
sangat menyayangi serta
mengambil berat tentang keluarga
dan  menjadi sumber rujukan kepada saya.
Sekarang, beliau sudah tiada lagi.

Pemergian beliau sangat terasa bagi saya
kerana saya sangat rapat dengan beliau.
Hati terasa sayu mengenangkan pemergian
tok wan yang tercinta.

Jasa dan saat-saat bersama
beliau tidak akan saya lupakan.
Saya sentiasa akan
mendoakan kesejahteraan beliau
semoga roh beliau ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman

dan bagi yang beragama Islam,
saya harap anda dapat sedekahkan "Alfatihah"
kepada beliau, Noor Bin Sulaiman.

Terima kasih.
Free counter and web stats website counter