CARA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:


Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

CARA MENGHILANGKAN RASA GEMENTAR


Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:
  1. Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
  2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
    dengan orang ramai.
  3. Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
  4. Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
  5. Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
    dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
  6. Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
    tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
  7. Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
    mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
  8. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
    gementar serta tertekan.
  9. Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
  10. Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
  11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
    maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
  12. Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
    berlatih.
  13. Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
    muzik.
  14. Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
    tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
  15. Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
    mereka.
  16. Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
    sebagainya.
  17. Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
  18. Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
  19. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
  20. Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
  21. Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
  22. Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
  23. Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
  24. Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
  25. Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
    selain memburukkan keadaan.
Free counter and web stats website counter