Panjang Umur dan Murah Rezeki

p/s: sekadar berpesan2 dan memanjangkan artikel dari penulis dibawah kepada semua.. "berpesan2lah walaupun dengan 1 ayat"

Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?


Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu...
Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa,
perkataan "korang" adalah termasuk juga diri 'aku' sendiri...harap maklum.



Salam......




SEBUAH CERITA SECARA 'MAYA'....

Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?

Apa yang korang mahu?


Jawab mereka...

Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas..,
barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!


Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk)
lalu bertanya?

Apa yang Pakcik mahu?


Jawab mereka yang tua-tua itu...

Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami
menikmati erti hidup...


Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?

Apa yang anda mahu?


Jawab mereka...

Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka
pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun
manusia...


Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya...
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?

-Harta




-Sihat




-Umur





Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)





Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:


Apa yang mereka mahu?


Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah
di zaman pemerintahannya...
(lebih kurang maksud):

"Aku tidak mahu harta ini... jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada
zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?


Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak
sengaja)sehingga kakinya berdarah...
(lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku
seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi
Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga
Allah mengampunkan dosaku...


Kata saidina Khalid ra selaku 'pedang Allah'...ketika balik dari medan
perperangan...

(lebih kurang maksud)

"hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke
rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada
mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah...

Nota: (wahai 'pedang Allah'.. Allah telah muliakan 'pedang Allah' dengan tidak
pernah jatuh akan 'pedang Allah' di jalan Allah..subhanAllah. .)





Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika
hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....





Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?


-Panjang umur dan murah rezeki?



Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang
mereka mahu...?





Nabi Muhammad s.a.w.

Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik
baginda.


Jawab baginda SAW lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang
aku bersyukur padaMU...





Nabi Ayub a.s.

Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh
segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk
kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah
di kurniakan kepadaku..., aku malu untuk minta sembuh...





Nabi Daud a.s


Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa,
telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael...
lebih kurang maksud...

"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"





Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :


Harta yang banyak dan umur yang panjang....


Sekarang, aku nak tanya...


Apa yang korang mahu?


-Panjang umur dan murah rezeki ler...


(Isk..isk...)





Sekarang kita tanya pulak pada setan:


Apa yang setan mahu?



Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya! !)




Apa yang firaun mahu?


"aku mahu panjang umur"





Apa yang Qarun laknatullah mahu?


"aku mahu murah rezeki"





Apa yang korang mahu?


"panjang umur dan murah rezeki"





(no komen...)





Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?



Apa yang Abu bakar r.a mahu?


"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)





Apa yang Aisyah r.a mahu?


"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari
pengadilan di padang mahsyar kelak!!!





Apa yang Umar r.a mahu?


"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)


Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!





Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini...Sekarang mari kita
tanya org dalam neraka pulak..



Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?

"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan..."


Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan
Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!




Korang semua!!!


Banyak betul masa yang ada untuk baca email ni.., jadi aku nak tanya korang
semua!!!!




Apa yang korang MAHU?


Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa...



Penutup:


Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit
"wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati...


Apa itu 'wahan'?


Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"



Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami
tentang apa itu "wahan"


Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya
dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan
murah rezeki..!!!! oh




Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah
setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai
kiamat!!!!!




Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk
panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal
masuk neraka!!!!




Akhir sekali, selaku bukan doktor, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit
'wahan', kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya),
terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang
makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!




Tanda tanda korang ada penyakit 'wahan'...
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.) Mudah di tipu oleh skim cepat
kaya...


(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang Simpan duit banyak banyak dalam
bank Teringin nak jadi jutawan segera!!!

Nak jadi penyanyi

biarkan tanah perkuburan mak bapak semak samun..(jenguk pun time raye je) tengok

Masjid kosong tak rasa apa apa.

Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan...

Lupa kepada mayat..errr lupa mati.

Bercita cita nak tengok, spiderman part 4, superman return part 2, terminator 4 dan macam
macam part lagi!!!

Suka tengok drama TV yang bersambung...

Sula tengok hiburan atau sukan secara 'live'

Malas baca Al-Quran

Malas solat jemaah

Selalu forward email merapu

Suka tengok bahagian dada perempuan.

Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.

up date lagu terkini di carta TV/radio

Suka hias kereta

Up date Porno hehari

Takut hantu

Takut melihat kereta mayat

dan banyak lagi!!!!


Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH... isk..isk...(terasa jahilnya
aku..)



Sekian...

Executive muda,anak kecil dan seketul batu

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan

bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat

malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara

Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu

yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati.

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?.. menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)




4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa.... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.... jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah...... betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka..

Firman Allah S. W. T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu....."


SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
LAIN,' UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

Teguhkan Keperibadian Diri

Janganlah mudah menciplak ataupun meniru ciri keperibadian umat lain kerana ia akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu.Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri,suaranya,gerakan tubuhnya,ucapannya,kemampuannya dan keadaannya sendiri kebanyakannya akan meniru-niru budaya bangsa lain.Dan itulah yang di sebut dengan melatah,mengada-ngada,berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Sejak dari zaman Nabi Adam Alaihissalam hingga makhluk terakhir ciptaan ALLAH tidak pernah ada dua orang yang sama persis rupanya.Maka mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan bangsa lain? Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.Tidak ada seorangpun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini.Belum pernah ada seorang pun yang di ciptakan sama dengan anda.Dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Anda sama sekali berbeza dari Zaid bin Amr.Kerana itu,jangan memaksakan diru untuk meniru-niru keperibadian orang lain. Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku diri anda sendiri.


ALLAH berfirman ".......Sesungguhnya tiap-tiap satu puak(diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.........."(Al-Baqarah:60)

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah(Qiblat) yang masing-masing menujunya.Oleh itu,berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan........."(Al-Baqarah:148)

Hiduplah sebagaimana anda di ciptakan.Jangan mengubah suara anda dan jangan pula mengubah cara anda berjalan.Tuntunlah diri dengan wahyu Ilahi tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri.Anda memiliki corak dan warna yang tersendiri.Dan kami menginginkan agar anda tetap seperti itu dengan corak dan warna anda sendiri.Ini kerana anda diciptakan oleh ALLAH dengan demikian.Kami mengenal anda dengan seperti itu.

Maka "Janganlah seorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian"Umat manusia dengan pelbagai macam tabiat dan wataknya seperti alam tumbuhan ada yang manis dan masam dan ada yang panjang mahupun pendek.Dan seperti itulah seharusnya umat manusia.Jika anda seperti pisang,anda tidak perlu mengubah diri anda untuk menjadi jambu sebab harga dan keindahan anda akan tampak seperti pisang. Begitulah,sesungguhnya perbezaan warna kulit,bahasa dan kemampuan kita masing-masing merupakan tanda-tanda kebesaran sang maha pencipta.Kerana itu,jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNYA.

Notis Dalam Mulut Bayi

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat
untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... .. Nak tahu ape dia ??


Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam
tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"



Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut
memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..


Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita keranatelah memberi maklumat tersebut...


Adakah anda percaya ?


Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah
s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.


Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..


Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu
akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian


Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan
kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimuamalan-amalanmu dan mengampunibagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapamentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapatkemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

wallahualam

Tips Kalau Anda Terjatuh

Saje jer nak Kongsi tips ni...


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


Selamat mencuba

Zikrullah Amat Mudah, Berat Dibuat



Air mata termahal daripada dunia disebabkan cemas, takut atas keagungan-Nya

AIR mata yang menitis pada pagi hari raya mudah-mudahan menjadi tanda kesyukuran kepada Allah.

Namun pada kebiasaannya, kita menangis kerana sedih teringat diri merantau jauh daripada keluarga atau ingat kepada orang dikasihi yang sudah kembali ke rahmatullah.


Tidak mengapa, itu adalah fitrah manusia. Bagaimanapun juga, air mata yang termahal nilainya daripada dunia dan segala isinya adalah air mata yang jatuh demi mengingati Allah sama ada kerana tunduk dan syukur kepada-Nya atau disebabkan cemas dan takut atas keagungan-Nya.

Selepas berjuang pada Ramadan dengan amal ibadat puasa, tarawih, tahajud, tilawatul Quran dan sedekah jariah, kiranya sudah sampailah kita kepada kedudukan iman yang tinggi berkat amalan itu.

Persoalannya, bolehkah iman itu tetap tinggi seiring berjalannya waktu? Bukankah Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar yang bermaksud: Amalan yang dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Agaknya tiada alasan untuk kita meninggalkan ibadat yang biasa dilakukan ketika Ramadan kerana kesibukan pada hari mendatang. Bukankah sedikit itu lebih baik daripada tiada sama sekali?

Jika mahu mencari alasan, tentu ramai yang petah lidahnya mencari-cari alasan tidak dapat melakukan ibadat. Tetapi dalam Islam, ibadat itu sungguh mudah dan tak mungkin seseorang itu boleh mencari alasan mengapa dia tak mahu melakukannya?

Suatu hari Abdullah bin Bushr yang sudah tua datang kepada Baginda SAW mengadukan kesusahannya melakukan ibadat kerana lemah tubuh badannya. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam amat banyak dan aku berasa sukar untuk melakukan semuanya. Maka tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang dapat aku amalkan secara berterusan."

Rasulullah SAW yang berhati lembut memandang dengan rasa kasihan kepada orang tua itu, Baginda tidak memarahinya atau mencelanya sebagai pemalas atau lemah iman. Bahkan Rasulullah SAW menghibur lelaki tua itu dengan sabdanya yang bermaksud: "Basahilah lidahmu selalu dengan menyebut nama Allah." (Riwayat al-Nasaie)

Jika hati dan lisan sentiasa ingatkan Allah, tentu rasa cinta akan lahir seterusnya menjadi perangsang untuk melakukan ibadat lain. Dengan menyebut kebesaran Allah, kita tidak akan mampu melakukan kejahatan selama nama-Nya bersemayam di hati kita.

Sesungguhnya zikrullah menjadi kekuatan seorang hamba supaya tetap istiqamah di atas jalan ibadat. Walaupun di negara kita pada kebiasaannya sebulan kita berhari raya, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Kita sedar kelemahan diri yang sentiasa terbelenggu oleh tipu helah kesenangan duniawi tetapi bukan bermakna kita menyerah kalah. Jika terlalai, maka cepat-cepatlah beringat, jika tersesat mulakan langkah baru.

Bukankah pintu syurga itu ada lapan pintu kesemuanya? Takkan sebuah pintu pun tidak dapat dibuka pada hari ini? Kita tidak akan mampu melakukan semua kebaikan sekali gus setiap hari. Hanya orang yang sedarjat dengan Abu Bakar al-Siddiq saja yang boleh melakukannya.

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang maksudnya: "Syurga mempunyai lapan pintu. Orang yang mendirikan sembahyang akan dipanggil daripada pintu sembahyang. Yang berpuasa akan dipanggil dari pintu puasa, yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan yang bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah." Abu Bakar bertanya: "Adakah wujud orang yang dipanggil daripada semua pintu itu? Baginda SAW bersabda: "Ya, aku harap engkau termasuk golongan berkenaan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Insan mana yang tidak pernah tenggelam dan karam oleh hawa nafsunya. Keinginan beribadah dan memuaskan hawa nafsu sentiasa berperang dalam diri manusia, hanya Allah yang mampu menyelamatkan kita daripada kesesatan.

Doa setiap hujung sembahyang yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal eloklah diamalkan: "Ya Allah tolonglah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadatku."

Siapakah yang menggerakkan hati ini untuk bersegera ke masjid ketika azan dilaungkan? Siapakah yang membangunkan kita pada tengah malam dan menggembirakan hati kita bermunajat kepada-Nya? Siapakah yang menitiskan rasa kasih kepada al-Quran dan rindu memperhatikan ayat-Nya yang agung? Siapakah yang menghiris perasaan kita melihat kesusahan orang lain sehingga tangan ini menghulurkan pertolongan?

Siapakah yang menitiskan air mata kita pada hari raya kerana bersyukur dan berjaya membuktikan selama sebulan di medan perjuangan bahawa kita mencintai-Nya? Dialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar, memerhatikan setiap gerak geri dan lintasan di hati kita.

Sesungguhnya pintu syurga sentiasa terbuka untuk kita, bukan hanya pada Ramadan. Ia akan sentiasa terbuka untuk orang yang beribadah. Tidak mahukah kita mengikuti jejak Muaz bin Jabal yang sangat obses kepada syurga Allah?

Suatu hari beliau berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang dapat mendekatkan aku kepada syurga dan menjauhkan aku daripada neraka. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Muaz, engkau sudah meminta sesuatu yang terlalu istimewa tetapi ia mudah dilakukan oleh orang yang diberi kemudahan oleh Allah. Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah. Kemudian Rasulullah SAW menyambung sabdanya: Mahukah engkau, aku tunjukkan pokok, batang dan ranting ibadat? Aku menjawab: "Tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Pokok ibadat adalah Islam, tiangnya sembahyang sedang rantingnya adalah jihad di jalan Allah."

Lalu Baginda SAW bersabda lagi: "Mahukah engkau, aku tunjukkan pintu kebaikan? Jawab Muaz: Tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Puasa, sedekah dan sembahyang malam. Puasa adalah perisai, sedekah adalah penghapus dosa sebagaimana air memadamkan api, (dan bagi sembahyang malam) Baginda membaca ayat yang bermaksud: Mereka merenggangkan lambung mereka daripada tempat tidur seraya berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harap dan mereka mendermakan sebahagian yang Kami anugerahkan."

Akhir sekali Baginda SAW bersabda kepada Muaz: "Mahukah engkau aku tunjukkan satu amalan kepadamu yang dapat meliputi semua itu? Jawab Muaz; Tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Jagalah lidahmu kerana sesungguhnya tiadalah manusia dicampakkan ke dalam neraka melainkan kerana kejahatan lidah mereka." (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi)

Hanya Allah saja yang mampu menolong dan menyelamatkan kita daripada kealpaan diri sendiri. Hanya Allah yang menunjukkan jalan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Adakah kita termasuk di dalamnya?

40 Kesilapan Ibu Bapa

  • Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  • Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  • Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  • Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  • Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  • Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  • Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  • Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  • Kurang melahirkan kasih sayang
  • Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  • Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  • Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  • Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  • Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  • Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  • Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  • Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  • Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  • Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  • Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  • Tidak menggunakan bahasa yang betul
  • Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  • Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  • Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  • Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  • Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  • Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  • Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  • Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  • Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  • Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  • Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  • Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  • Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  • Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  • Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  • Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  • Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  • Tidak tegas mendidik anak-anak
  • Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Bersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela


MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wataala dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang salih dan dikasihi.

Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Kebersihan itu juga bukan sahaja berbentuk zahir bahkan meliputi kebersihan batin. Kebersihan batin itu ialah membersihkan jiwa dari kesan-kesan dosa dan perbuatan-perbuatan yang tercela iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela seperti hasad dengki, tipu daya, berperasaan dendam, takbur, riya', ujub, syirik dan seumpamanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudanya:

"Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman."
Untuk membersihkan hati, kita perlu menjauhi segala penyakit-penyakit hati. Berdasarkan hadis itu tadi Al-Imam Al-Ghazali berkata : "Bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat-sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat-sifat yang terpuji."

Di antara penyakit-penyakit hati yang keji itu ialah perasaan hasad dengki, sifat riya', ujub, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Perlu kita ingat, musuh dalam diri manusia bukan hanya terdiri daripada kuman-kuman yang menyebabkan diri kita dijangkiti penyakit. Tetapi adalah musuh-musuh yang tidak nampak, tidak boleh dilihat oleh mata kita dan tidak dapat dilakukan dengan kajian saintifik untuk mengesannya. Allah Subhanahu Wataala telah menegaskan hal ini dalam Al-Quran Al-Karim untuk memperingatkan manusia tentang musuh dalam diri manusia yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yusuf ayat 53 yang tafsirannya:
"Kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan."
Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati-hati manusia dengan sifat-sifat jahat, sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.

Untuk itu kita mestilah 'mujahadah' diri kita, kita kuatkan iman kita, kita lawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah Subhanahu Wataala.

Kecekapan nafsu, persediaannya, kesungguhannya, kejahatannya dan tipu dayanya itu berpuluh-puluh kali ganda lengkapnya dari peperangan senjata. Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Kelebihan orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wataala insya-Allah Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya iaitu akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah Subhanahu Wataala sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat. Bersifat takut kepada Allah Subhanahu Wataala ini juga menjadikan seseorang itu akan sentiasa mentaati Allah dan akan memperolehi rahmat daripada-Nya.

Apabila kita nilai, kita hitung segala nikmat yang dikurniakan Alllah kepada para hamba-Nya pasti kita sebagai hamba-Nya tidak akan ternilai dan tidak terhitung akan kebesaran dan keagungan-Nya. Betapa banyak nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada hamba-hamba-Nya. Untuk kita bersihkan batin kita dengan mensyukuri segala nikmat Allah Subhanahu Wataala berikan itu, kita hindari segala kemungkaran dan dosa. Inilah kebersihan hakiki yang bakal membawa para pelakunya keuntungan di dunia dan di akhirat. Perlu kita jaga kebersihan zahir dan batin ini, jika zahir sahaja yang bersih namun penyakit hati masih bersarang dalam diri, maka belum sempurna kebersihan itu, mudah-mudahan segala usaha untuk membersihkan zahir dan batin itu akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan menjauhi dan menghindari segala hasutan nafsu dan syaitan daripada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 yang tafsirannya:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

Tingkatkan daya ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.


Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.


Antaranya ialah:


Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.


Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.


Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Free counter and web stats website counter